Ucapan!: Terkini!! - Show, Event & Aktiviti jangan ketinggalan untuk baca kemas kini terbaru, bagi yang ingin dapatkan ring tone lagu lagu saya sila kelik di 'caller ring tone' di page muka depan sebelah kanan untuk muat turun lagu ;) enjoy

Thursday, March 17, 2011

Profile Artis

Pengalaman

Berlakon dalam 3 buah Filem iaitu "Setinggan", "Dendam Dari Pusara" dan "Serampang Tiga". Menyanyikan lagu tema Filem Setinggan yang telah memenangi award Lagu Filem Terbaik pada Filem Festival Malaysia tahun itu. Juga telah berlakon dalam beberapa buah drama terbitan RTM awal tahun 80'an hingga kini masih lagi aktif bernyanyi dan berlakun.

Telah merakam 3 buah album iaitu "Hari Yang Ku Nantikan" terbitan syarikat EMI pada tahun 1978, "Hingga Ke Akhirnya" pada tahun 1991, kembali lagi merakamkan album ketiga yang berjodol “Kekal Abadi” dan satu Single berjudul "Raikan Lebaran" bergenre Etnik Latin
terbitan syarikatnya sendiri iaitu “Yesbaby Music” pada tahun 2008.

Menyanyi diluar negara bersama rombongan Anita Sarawak mewakili Malaysia di Asean Trade Fair di Manila tahun 1982 dan membuat persembahan di Fuji Television Tokyo, Japan pada tahun 1984 dengan menyanyikan lagu Jepun (ENKA SONG FESTIVAL). Menyanyi selama 6 bulan di Hotel Shangrila, Kowloon Hong Kong pada tahun 1983. Rozita turut menyumbangkan suaranya dalam lagu “Gugurnya mawar desa” ciptaan En. Kassim Masdor dalam filem setinggan. Lagu ini telah di nobatkan sebagai lagu terbaik Filem pada pesta filem Malaysia 1983

posting asal: 1/2/08 8:59 PM
info internet dan telah di kemas kini 3/17/11 oleh ~ Webmaster.